Pembuat Khemah Canopy

Penghantaran satu Malaysia
Satu kerangka, pelbagai bentuk
Info Lanjut

Kelebihan Khemah Canopy Kami

KEISTIMEWAAN PRODUK PEMBUAT KHEMAH CANOPY

Kelebihan utama kanopi 20’x20’ kami adalah pada rekacipta kerangka yang sama boleh berkongsi-guna kanvas berbentuk Arabian mahupun Piramid.

Ini sangat menjimatkan dan memudahkan pengusaha-pengusaha yang membuat perkhidmatan sewaan kanopi memenuhi permintaan pelanggan.

Bahagian-bahagian penyambungan dan tiang yang sama pada kerangka 20’x20′ boleh berkongsi-pakai dengan kerangka bersaiz lebih kecil seperti 20’x10′ dan 10’x10′. Kerja-kerja memasang dan membuka kanopi juga amat mudah dan cepat, hanya memerlukan 2 orang dalam tempoh sekitar 15 minit sahaja.

Penyimpanan dalam setor dan penyusunan atas lori juga amat mudah dan menjimatkan ruang.

KUALITI PRODUK PEMBUAT KHEMAH CANOPY

Kualiti besi yang kami gunakan untuk menghasilkan kerangka adalah dari besi jenis ber-galvani sepertimana yang dapat dilihat pada penghadang jalanraya dan tiang lampu jalan dan ianya tahan karat selama-lamanya.

Kanvas jenis Tarpaulin Dwi Lapisan Silver-White berketebalan 0.38mm, buatan Korea dengan permukaan atas perlindungan UV yang licin dan berkilat dapat dilekapkan dengan sempurna tanpa sebarang kedutan di atas kerangka kanopi Arabian. Ianya dapat mengurangkan kekotoran daripada cepat melekat ke permukaan putih.

Manakala permukaan bawah berwarna silver yang legap dan tidak dapat ditembusi cahaya matahari dapat menjadikan cuaca panas terik menjadi redup apabila bernaung dibawah kanopi. Kanvas buatan Korea ini amat tahan lasak dgn cuaca ekstrim hujan dan panas di Malaysia selama 3 hingga 7 tahun.

Pembuat Khemah Canopy Kuala Lumpur
No.2, Blok D, Jalan F, IKS Pandan Lingkaran Tengah
Kg. Pandan
55100 Kuala Lumpur
Malaysia

H/P : 016-526 8980

Pembuat Khemah Canopy Perak (Kilang)
No. 5, Persiaran Perindustrian Pengkalan 12
Kawasan Perindustrian Pengkalan Lahat
31650 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Penghantaran 1 Malaysia

Shares